Tulisan ini menyentuh isu Tabung
Haji (TH) setelah 2 peristiwa debat yang berlaku di Parlimen (Dewan Rakyat, 11
Ogos 2020, Sesi Pagi) dan Debat Sinar Harian - Berani Semuka (14 Ogos 2020) di
antara dua mantan - Pengerusi TH, DS Azeez Rahim dan Menteri di JPM (Hal Ehwal
Agama) DS Dr Mujahid Yusuf Rawa.
Saya
ingin menyentuh satu perkara.
Saya
merasakan jika tanpa cadangan (campur tangan?), barangkali TH akan mendapat
suntikan modal yang sewajarnya.
Kenapa
saya mengatakan demikian?
Kerana
Dr Mujahid telah menerangkan pada kedua-dua siri debat tersebut bahawa kerajaan
mempunyai 4 kaedah untuk memulihkan TH iaitu -
A)
Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 melalui suntikan modal
melalui Kumpulan Wang Disatukan iaitu bajet fiskal tahunan kerajaan.
B)
Mengaktifkan (Seksyen 24, Akta TH 1995) dengan bayaran semula - sama seperti
opsyen A.
C) Perakaunan kreatif - kaedah yang
pernah digunakan untuk menyorok kerugian forex BNM 1994.
D) Penstrukturan semula aset
melalui - Urusharta Jamaah (UJSB)
Mengikut Laporan Tinjauan Fiskal
dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020, jaminan pinjaman terkumpul (Jun
2019) adalah berjumlah RM273.8 bilion atau 18% KDNK. Penerimanya termasuk PTPTN
(RM40.3 bilion), Prasarana (RM31.4 bilion).
Jika Urusharta Jamaah (UJSB) diletakkan
di dalam senarai Jaminan Kerajaan tersebut, ia akan berada di tempat ke-5 (RM20
bilion) atau 6.8% dari KDNK.
Bagaimanapun atas alasan Kerajaan
tiada duit dan TH dalam keadaan tenat maka kaedah D adalah terbaik seterusnya
'good governance' dapat ditegakkan di dalam TH. Melalui kaedah D, sukuk UJSB
bernilai RM20 bilion telah dikategorikan sebagai 'Komitmen Kerajaan' kerana
tiada suntikan modal diperlukan dan tiada bayaran balik kepada Kerajaan
(mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mendapat bantuan kewangan daripada
Kerajaan pada masa hadapan).
Tetapi saya tidak nampak kenapa
dengan memilih opsyen A atau B maka Kerajaan tidak dapat melakukan 'good
governance' tersebut. Malahan Menteri Kewangan PN DS Tengku Zafrul mengatakan
kerajaan 'masih ada ruang, kemampuan kewangan' fiskal.
Kenapa saya katakan suntikan modal
lebih baik?
Penjualan saham yang ada kaitan
dengan TH telah berlaku setelah kebocoran maklumat mendakwa TH akan menjual
aset-aset untuk kecairan. Ini menyebabkan penurunan saham secara mendadak di
mana para pelabur menjual pegangan syarikat yang juga dipegang oleh TH.
Logiknya sbelum TH jual ada baiknya
pelabur cabut lari dahulu sedang harga masih tinggi. Ini telah mengakibatkan
kerugian atas kertas TH semakin melebar.
Pada pendapat saya, dengan jaminan
suntikan modal, ia dapat mengelakkan 'penjualan panik' aset-aset tersebut
seterusnya dapat mengurangkan 'unrealised loss'.
Lagipun TH boleh dikategorikan
sebagai 'Too Big Too Fail'. Malah dengan melihat pendeposit TH seramai 9.44 juta
orang (2019) ia mempunyai potensi pangkalan 'kertas undi' yang besar.
Senjata makan tuan? Tidak tahulah
jika ia ada agenda disebaliknya.
Sumber:
https://www.parlimen.gov.my/…/CMD.27.2019%20-%20CMD%2027.20…
https://www.bharian.com.my/…/kita-masih-ada-ruang-kemampuan…
https://www.youtube.com/watch?v=xaVUg7OlSJs&t=4411s
https://www.youtube.com/watch?v=barY-SUFBzI
https://www.theedgemarkets.com/…/urusharta-jamaah-explains-…
http://www.agc.gov.my/…/f…/Publications/LOM/MY/Akta%2096.pdf
https://www.theedgemarkets.com/…/cover-story-ujsb-maximisin…
http://www.agc.gov.my/…/Act%20535%20-%20Tabung%20Haji%20Act…
No comments:
Post a Comment