Saturday, July 15, 2023

BNM Perlu Kekal Bebas


1. Ringgit adalah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM). BNM perlu diberi kebebasan di dalam menentukan dasar monetari negara.
2. Kerajaan pula bertanggung jawab di dalam dasar fiskal.
3. Kerajaan tidak boleh diberikan kuasa fiskal dan monetari sekaligus. Ia boleh disalah guna. Rujuk kasus pra Krisis Kewangan Asia 1998.
4. Ketika itu BNM telah memastikan Ringgit sentiasa berada di dalam lingkungan RM2.50/US1.00 sedangkan Malaysia sedang mengalami 'defisit akaun semasa' (import melebihi eksport, pelaburan lansung asing (FDI) yang tinggi).
5. Secara teknikalnya apabila permintaan matawang asing (USD) lebih tinggi dari tempatan - matawang tempatan akan menurun berbanding USD. Tetapi ia tidak berlaku.
6. FDI ketika era 90an merujuk kemasukan kecairan melalui syarikat-syarikat Jepun yang menyimpan USD (rujuk Perjanjian Accord 1985). Juga pembinaan projek-projek mega seperti Putrajaya, KLCC, KLIA.
7. Menentukan dasar OPR juga seperti bermain catur di mana BNM perlu dapat membaca pergerakan faedah US naik atau turun. Mesyuarat monetari BNM diadakan 6 kali (52 minggu) berbanding 8 kali mesyuarat Federal US.
8. Oleh itu perlunya pembacaan yang betul kerana jika tersilap, BNM hanya dapat memperbetulkannya di mesyuarat yang seterusnya biasanya 2 bulan dari tarikh akhir penetapan. Berbanding US yang kekerapannya hampir setiap bulan.

Tuesday, June 13, 2023

Naratif Madani : Politik Mendepani Ekonomi?

Fitch Ratings telah mengekalkan penarafan kredit Malaysia BBB+. 
Walaupon telah stabil tetapi penarafan tersebut telah turun berbanding A- (2018) Pasca PRU 14.

Fitch mengesahkan:
1. Hutang awam Malaysia yang tinggi.
2. Asas hasil yang rendah berbanding dengan perbelanjaan mengurus (GST dimansuhkan).
3. Ketidaktentuan politik yang menghalang penggubalan dasar jangka masa panjang. 

Di atas adalah antara sebab kenapa prospek ekonomi Malaysia masih malap bagi pelabur asing. Para pelabur yang punya kecairan tinggi pastinya akan melihat 'top performer' sebelum melabur dan mereka melihat jiran-jiran Asean kita lebih menarik ketika ini. 

Masalah politik telah menghambat PMX daripada membuat dasar ekonomi yang mapan. Saya berpendapat, objektif utama beliau ketika ini adalah untuk merapatkan saf kepimpinan politik terlebih dahulu ketimbang ekonomi. 

PMX tidak mendapat mandat seperti PM6 yang terus dapat menjalankan agenda ekonomi selesai PRU. Hasilnya kita masih terima sehingga kini (MRT, Tunai Rahmah, PPAM Madani). 

Naratif Ekonomi Madani akan dilancarkan pada Ogos nanti adalah 6 bulan dari tarikh beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. 

YAB PMX mungkin ingin melihat prestasi kerajaan di dalam PRN yang bakal diadakan di 6 buah negeri pada tahun ini terlebih dahulu. 

Bolehkah kita katakan naratif politik lebih utama dari ekonomi?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1113395/naratif-ekonomi-madani-bakal-dilancar-ogos-ini