Ada cadangan agar kerajaan menggunakan kaedah yang bukan konvensional bagi menyelamatkan Malaysia dari jurang kemelesetan ekonomi.
Kaedah tersebut adalah dengan Bank Negara (BNM) mencetak duit dan memberinya terus kepada rakyat agar semua dapat berbelanja. Di dalam teori ekonomi ia dikaitkan dengan 'duit helikopter'.
'Duit helikopter' atau 'helicopter money' adalah sebuah konsep oleh ahli ekonomi Milton Friedman pada tahun 1969. Beliau mengumpamakan sebuah helikopter yang menjatuhkan duit USD1,000 ke atas orang ramai.
Ya, konsep ini bukan baharu dah berusia separuh abad. Ia pernah dicadangkan bagi menangani kesan diflasi yang berpanjangan oleh Jepun pada awal 2000 dan krisis Subprima 2009. Secara amnya ia tidak pernah dilaksanakan di mana-mana negara maju.
Jangan terlalu gembira mendapat duit secara tiba-tiba kerana jika ia terjadi, ia menandakan Kerajaan telah kehabisan 'senjata' untuk membantu ekonomi.
Sebelum helikopter berlepas, masih ada cara lain yang boleh kerajaan gunakan.
Iaitu dengan bank pusat mencetak duit tetapi menggunakan kaedah QE (quantitative easing). Bank pusat akan bertindak sebagai peminjam terakhir meggunakan duit yang telah dicetak dan membeli kertas-kertas gred pelaburan kerajaan (sukuk dan bon) di pasaran. Ia telah dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Eropah disepanjang krisis Subprima.
Cadangan oleh ahli poltik agar Kerajaan mengarahkan BNM menggunakan kaedah QE dengan membeli portfolio sukuk dan bon KWSP. Seterusnya KWSP dapat memberi wang bagi golongan yang memerlukan sahaja. Jadi tidak perlu mencetak wang dengan banyak.
Bagaimanapun melihat perkara di atas, ada beberapa perkara perlu diambil perhatian.
Arahan sebegini sebenarnya dipandang sensitif oleh komuniti kewangan dunia. Jika ia bersifat politik, kedaulatan bank pusat sebuah negara akan terjejas kerana bank pusat perlu dilihat bertindak tanpa tekanan.
Cetakan (wang helikopter) hanya perlu dilakukan jika kaedah konvensional sedia ada tidak lagi berfungsi. Dan ia hanya perlu dijalankan sekali sahaja. Jika ia dilakukan untuk kali kedua maka secara amnya pengurusan eknonomi sebuah negara telah gagal secara total.
Melihat kadar OPR yang berada pada 1.75 mata asas sebenarnya memberi peluang kepada kerajaan untuk meminjam lebih lagi pada kadar yang murah (daripada pasaran) bagi projek-projek fiskal bertujuan membantu ekonomi.
Jika sasarannya betul khasnya mencari peluang-peluang pelaburan (menggantikan sektor yang malap) yang seiring hala tuju ekonomi dunia, tambahan defisit berpuluh berbilion tersebut dapat 'dibayar dengan mudah'.