Pertandingan bolasepak bagi merebut gelaran juara Eropah iaitu Piala EURO 2012 telah memasuki perlawanan suku akhir telah menampilkan pasukan-pasukan yang mempunyai keterlibatan lansung di dalam krisis hutang Eropah yang juga sedang berlansung dengan rancak.
Sebelum ini kita telah didedahkan dengan negara-negara Eropah yang sedang menghadapi krisis hutang iaitu PIIGS ataupon akronim bagi Portugal, Itali, Ireland, Greece dan Sepanyol. Dari senarai negara-ngeara krisis tersebut semuanya layak ke suku akhir kecuali Ireland yang kalah pada perlawanan akhir menentang Itali.. Ehemm..
Yang diluar garis krisis tetapi masih terkesan dengan ekonomi adalah England dan Perancis diikuti Republik Czech, (wakil dari Eropah timur yang mempunyai ekonomi yang dikatakan kedua terbaik di Eropah selepas Jerman) dan pasukan pilihan Jerman yang juga bos kepada negara-negara Kesatuan Eropah.
Pertembungan suku akhir yang agak menarik adalah perlawanan Greece menentang Jerman yang seperti kita ketahui memerlukan belas ikhsan Jerman untuk terus mendapat bantuan kewangan (bailout). Malah ia dirancakkan lagi dengan akhbar Sport Day dari Greece dengan tajuk "Penghutang anda telah mara ke suku akhir. Saya harap anda telah bersedia Angela (Merkel)".
Juara bertahan dan juga juara Piala Dunia 2010 Sepanyol yang mengamalkan permainan hantaran yang cantik atau dikenali sebagai 'tiki-taka' perlu terus bermain cantik dan konsisten. Ini bagi memikat Kesatuan Eropah untuk terus memberikan bantuan kewangan kepada mereka selepas secara tiba-tiba mengisytiharkan bahawa mereka memerlukan 100 billion Euro untuk menyelamatkan bank-bank mereka.
Perlawanan separuh akhir tersebut juga menemukan negara yang mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih baik melawan negara yang di dalam krisis iaitu: Portugal melawan Republik Czech, Sepanyol melawan Perancis dan Itali melawan England.
Hmm.. menarik bukan? Nampaknya pasukan PIGS tersebut mempunyai sebab untuk mara ke laluan seterusnya hingga perlawanan akhir kerana ingin menebus maruah negara masing-masing.