Friday, May 1, 2020

Moratorium, biarkan ku sendiri.

Setelah berteka-teki selama 8 minggu akhirnya ‘PKP Bersyarat’ telah diisytiharkan mulai 4 Mei 2020. Penggubal polisi mahu ia dikenali sebagai Pembukaan Semula Ekonomi atau ‘Restart/Rebooting the Economy’. Banyak negara telah (atau akan) mengumumkan restart pada bulan Mei-Jun ini seperti Jerman, Russia, Greece, UK, Itali dan Perancis.

Sebab apa? Sebab tekanan terhadap ekonomi. 

Dua bulan rakyat Malaysia beroperasi di dalam keadaan tertekan. Sampai ada mengatakan pihak BNM pun difahamkan tersilap pandang pengumuman moratorium pembayaran pinjaman pada Mac lepas yang telah disalah tafsir. 

Dua bulan terlepas pandang? Kita takutkan ‘false positive’ Covid-19. Pihak bank pula bagi ’false relief’? Boleh bertambah kemurungan bagi yang tersepit. 

Tidak mahu mengulas isu faedah-penangguhan pinjaman sebab saya setuju dengan moratorium kerana ia banyak membantu. Terima kasih MOF, BNM. 6 bulan ‘capital buffer’ cukup merancang keperluan pasca Oktober sehingga tahun 2021. 

Siapa yang tak puas hati minta (paksa) pihak bank keluarkan segala bentuk graf dan carta aliran untuk mudah faham. Selama ini pun perjanjian ditulis seperti ‘Cryptic Writings’. Bank anggap kita faham sebab tidak tanya lebih lanjut. Ini bukan masalah bank sahaja termasuk segala urusan kepenggunaan. 

U-turn telah berlaku. Sebelum ini moratorium automatik dengan ciri ‘opt-out’ iaitu bagi yang mampu bayar, kena mohon. Kini tukar kepada moratorium ‘opt-in’ - yang tak mampu perlu isi borang online tanda persetujuan dengan terma dan syarat penangguhan. 

Opsyen ‘in-out’ ni seharusnya dipertimbangkan dengan teliti kerana ia sebenarnya polisi yang memberi kesan terhadap tingkah laku manusia seperti kajian ekonomi di dalam ilmu ‘behavioural economics’. Boleh baca banyak kajian ‘opt-in/out’ ni di dalam jurnal akademik. 

Jelas kerajaan mahu moratorium dijalankan seperti kempen derma organ di Belanda. Tetapi pihak bank pula ngeri bila ia disetkan sebagai 'default', aliran tunai bayaran terhenti secara tiba-tiba. Boleh demam sistem perbankan sebab untuk pilih tidak setuju perlukan tindakan. Tindakan/gerak kerja walaupun sekadar menekan skrin itu melecehkan. Oleh itu kena u-turn jadi 'opt-in'. 

Melayan PKP dan moratorium ini mengingatkan sebuah lagu heavy metal Metallica, Welcome Home (Sanitarium) - bunyi pun seakan sama - yang berkisar seorang lelaki yang terperangkap di dalam sebuah rumah sakit jiwa, memberontak dengan layanan pegawai-pegawai di situ dengan harapan ingin bebas akhirnya.

Tempoh PKP ni pun dah macam lagu tersebut - Terperangkap. Tertekan. 4 Mei : Kebebasan?

“Welcome to where time stands still,
No one leaves and no one will…

Dream the same thing every night,
I see our freedom in my sight,
No locked doors, no windows barred,
No things to make my brain seem scarred..

Build my fear of what’s out there,
And cannot breathe the open air..”

Moratorium, biarkan ku sendiri
Moratorium, jangan ganggu ku lagi.. 

Sumber: 

https://www.aljazeera.com/news/2020/04/europe-begins-emerging-lockdown-200428231819197.html

https://medium.com/@tanayj/the-power-of-defaults-976bc8b015b7

Cryptic Writings. 1997. Megadeth.

Welcome Home (Sanitarium), Master of Puppets. 1986.  


No comments:

Post a Comment