Kawanan Yang Kebal. Atau Bebal?
Saya pasti kita semua telah mendengar perutusan YAB PM Tan Sri Muhyiddin berkenaan langkah-langkah drastik yang diambil bermula 18hb hingga 31hb Mac ini.
Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan:
'Perintah Kawalan Pergerakan'
Tindakan drastik yang diarahkan tidak lah sampai ke tahap lock-out/lock-down seperti di Itali. Tiada perlunya belian panik seperti yang berlaku lewat petang ini.
Dan ia menjadi tandatanya apabila tiada arahan ketat 'penjarakan sosial' atau memakai topeng muka di tempat awam yang terbukti berkesan mengawal bagi mengelak penularan. Samada kerajaan masih tidak memandang serius penularan wabak Covid-19 atau mereka ada strategi lain?
Sebenarnya ada beberapa strategi selain lockdown/lockout telah digunapakai di dalam menangani virus ini.
Singapura misalnya mengamalkan 'contract tracing' yang sangat kemas. Mereka menghubungi setiap individu yang ada kontak lansung dengan pesakit dan hanya yang berasa tidak sihat sahaja perlu menggunakan topeng muka mengikut kata PM Lee Hsien Loong.
Strategi kedua adalah 'herd immunity' yang diamalkan oleh negara UK dan Switzerland.
Kekebalan kawanan atau 'herd immunity' ini dilakukan dengan tidak menghadkan kontak antara masyarakat samada yang terkena virus atau yang sihat.
Secara teorinya, badan individu yang terjangkit akan dapat membina kekebalan secara semulajadi dari virus tersebut. Ia hanya dapat dicapai jika jumlah jangkitan dibiarkan melepasi paras 60 peratus dari jumlah penduduk.
Berani bukan?
Switzerland secara dasarnya hanya akan melindungi mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik sahaja dan membiarkan yang sihat terjangkit. Larangan umum adalah menghadkan perjumpaan melebihi 100 orang, pelanggan restoran dan bar kepada 50 orang sahaja. Kerajaan Switzerland menyerahkan 'canton' atau daerah bersekutu mereka untuk menjalankan tindakan apa yang difikirkan lebih baik.
Di UK, kerajaan mereka telah meminta warga emas agar menjalani pengasingan diri sehingga wabak selesai. Ini kerana mengikut statistik, warga emas merupakan golongan yang mempunyai kes kem*tian paling tinggi berbanding golongan lain.
PM UK, Boris Johnson hanya menggalakkan rakyatnya untuk meningkatkan kebersihan diri, pengasingan diri bagi mereka yang merasa sakit-sakit selain mengesan dan menguji mereka yang disahkan positif Covid-19.
WHO mengkritik kaedah tersebut yang belum terbukti keberkesanannya walaupun dikatakan ia berjaya mengekang virus H1N1 - mengikut pengalaman Norway pada 2010.
Sumber:
https://www.youtube.com/watch?v=yRl6MnmZ6Ks
https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/03/15/singapore-uk-is-not-trying-to-contain-the-coronavirus
https://news.cgtn.com/news/2020-03-16/Swiss-govt-under-fire-for-slow-COVID-19-reaction-despite-mass-outbreak-OUj2dVufUQ/index.html
https://www.infectioncontroltoday.com/vaccines-vaccination/herd-immunity-h1n1-norway-experience
https://www.vox.com/world/2020/3/15/21180414/coronavirus-uk-herd-immunity-vallance-johnson

No comments:
Post a Comment