Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akhirnya telah melantik lapan penyedia Skim Persaraan Swasta (SPS) seperti yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Bajet 2012 tahun lepas. Lapan penyedia tersebut adalah:
1. CIMB-Principal Asset Management
2. Public Mutual
3. AmInvestment Management
4. RHB Investment Management
5. American International Assurance
6. Hwang Investment Management
7. ING Funds
8. Manulife Unit Trust
Skim tersebut yang merupakan skim pilihan berbanding KWSP yang diwajibkan kepada majikan dan pekerja dijangka memberi pulangan yang lebih baik dari dividen tahunan KWSP. Ia sangat bertepatan bagi menampung kos persaraan pekerja Malaysia samada di sektor kerajaan atau swasta yang diancam inflasi saban tahun di mana nilai Ringgit Malaysia semakin mengecil.
Dana KWSP walaupun mempunyai saiz sebesar RM470 billion tetapi tidak dapat memberikan pulangan yang tinggi kerana perlu menjadi dana persaraan yang dijamin simpanannya. SPS juga akan merancakkan lagi aktiviti belian Bursa Malaysia kerana dijangka pelaburan yang akan diluluskan oleh SC hanya sekitar pasaran tempatan bagi memastikan kestabilannya.
Ini adalah satu berita baik bagi para pekerja kerana selain dari pulangan yang dijangka tinggi, kerajaan juga akan mengecualikan cukai sehingga RM3,000 bagi pencarum skim tersebut
No comments:
Post a Comment