Monday, March 19, 2012

Revolusi Adiwira Mario

Mario Draghi, 64, merupakan figur penting yang menjadi harapan Kesatuan Eropah di dalam mengemudi benua tersebut dari krisis ekonomi terburuk sejak perang dunia kedua. Sejak menggantikan jawatan Jean-Claude Trichet sebagai bos besar Bank Pusat Eropah (ECB), beliau telah berjaya mengembalikan keyakinan komuniti kewangan Eropah dengan gayanya tersendiri.

Beliau mempunyai ijazah kedoktoran di dalam bidang ekonomi dari Massachusetts Institute of Technology (MIT), juga pernah berkhidmat di Bank Dunia di Washington. Sebelum berkhidmat sebagai Pengarah Bank Pusat Itali beliau juga pernah mnyertai bank pelaburan Amerika Syarikat - Goldman Sachs. Pengalaman beliau di dalam segenap sektor ekonomi dari pendidikan ke swasta dan kerajaan banyak membantu corak urus tadbir dan keputusan-keputusan ECB di dalam menentukan hala tuju Eropah.

Berlawanan dengan sikap Trichet yang suka berbalah dan kurang mendengar pandangan orang lain, Draghi yang digelar Mario sering menggalakkan diskusi kreatif yang lebih terbuka. Jika Trichet lebih gemar menjadi perhatian media dan sering ingin turut serta di dalam segala mesyuarat, Mario lebih mementingkan kualiti masa bekerja. Pekerja ECB faham dengan etika kerja Mario yang pernah berkata "bila saya sudan pulang ke rumah bererti tugas saya telah selesai untuk hari itu".

No comments:

Post a Comment