Thursday, March 1, 2012

Yang Benar, Warren E. Buffett

Warren Buffett, 82, manusia ketiga terkaya 2011 telah menulis sepucuk surat kepada para pelaburnya untuk menyampaikan prestasi syarikat pelaburannya Bekshire Hathaway Inc.

Surat yang beliau tulis pada tahun ini agak berlainan dari kebiasaannya kerana turut memetik prestasi buruk pelaburan yang terpilih dan mengakui kesilapannya itu. Dalam surat tersebut Warren Buffett mengakui kesilapan di dalam pelaburan hartanah kerana suratnya pada tahun 2011 menyatatkan beliau optimis dengan pemulihan hartanah di Amerika Syarikat. Beliau turut dikritik oleh komuniti yang mengikuti pandangan beliau.

Sejak mengenali dunia kewangan adalah sesuatu yang amat jarang bagi seorang CEO syarikat mengakui kerugian pelaburan akibat dari keputusan sendiri. Kebiasaanya CEO akan menyalahkan faktor luaran seperti permintaan dan penawaran, campurtangan kerajaan, bahan mentah, bencana alam, perang, krisis kewangan dan lain-lain asalkan boleh menjadi alasan.

Ketika krisis sub-prima Amerika Syarikat 2008, ramai CEO syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti pelaburan tidak mengakui kesalahan mereka apabila syarikat mereka bankrap contohnya AIG, Lehman Brothers, Citigroup dan lain-lain. Ketika krisis kewangan Asia 1998, Perdana Menteri Malaysia ketika itu juga menyalahkan penyangak matawang kerana mengambil kesempatan di dalam sistem kewangan negara.

No comments:

Post a Comment