Thursday, January 12, 2012

Status Masih Kekal

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi memberikan berita positif apabila mengumumkan bahawa bank tersebut terlepas dari masalah kecairan kredit yang serius, menandakan ekonomi semakin stabil di benua Eropah. Ini diumumkan setelah ECB dapat menangguhkan langkah pemotongan kadar faedah sehingga satu peratus yang telah dilaksanakan sepanjang krisis Eropah bagi memastikan sistem kewangan mempunyai kecairan yang mencukupi.

Bank of England juga menyatakan ketidakperluan untuk pakej pemulihan yang baru dengan mengekalkan belian bon sebanyak 275 bilion pound dengan kadar faedah kekal pada paras 0.5 peratus. Pengumuman tersebut dibantu data-data domestik yang memberikan indikasi ekonomi England mampu bertahan sepanjang 2012 dengan mengambil kira faktor kemelesetan.

Penurunan penjualan bon Itali dari 5.95 hingga ke paras 2.73 peratus juga memberikan gambaran para pelabur agak selesa dengan risiko bon kedaulatan dimana sebelum ini kos pembiayaan bon tersebut naik sehingga tujuh peratus pada 2011.

Sepanyol juga mampu menawarkan kadar bon yang lebih rendah pada 3.3 peratus dimana sebelum ini ditawarkan pada 5.18 peratus.

Walaubagaimanapun pakar-pakar ekonomi masih berwaspada dengan mengambil kira fakor senario yang terburuk.

No comments:

Post a Comment