Tuesday, January 17, 2012

Standard Kesian

Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi mempertikaikan keputusan Standard & Poors (S&P) di dalam menurunkan penarafan bon kedaulatsn Perancis dan Austria pada 13 Januari 2012. Beliau menyelar para pelabur yang sangat bergantung harap dengan firma-firma penarafan dan menegaskan perlunya pasaran mengambil kira indikasi pasaran kewangan yang lain.

Turut diturunkan penarafan adalah Dana Fasiliti Kestabilan Eropah (EFSF) yang direka untuk membiayai pakej bagi menyelamatkan Greece, ireland dan Portugal.

Amerika Syarikat juga pernah diturunkan penarafan oleh S&P pada Ogos 2011 mengakibatkan pasaran saham dunia jatuh merudum di tengah-tengah ketidaktentuan dari berita krisis kecairan Greece dan Eropah. Pasaran saham domestik Bursa Malaysia yang turut terkena tempias akibat penurunan penarafan telah naik lebih dari 10 peratus.


Kesan Dana Kestabilan Eropah

Pinjaman tiga tahun ECB bernilai 489 billion Euro kepada bank-bank di Eropah telah berhasil mengelak dari terjadinya krisis kredit terburuk di Eropah.

Bagaimanapun,Draghi yang digelar 'Super Mario' menggesa ketua-ketua Kesatuan Eropah supaya terus melakukan reformasi ekonomi bagi menarik para pelabur untuk terus melabur di zon Eropah dan mengelakkan krisis itu berulang.

No comments:

Post a Comment