Nilai Ringgit naik 1.2 peratus semalam berbanding Dolar Amerika sejajar dengan kemasukan dana-dana asing ke Malaysia setelah Pengerusi Rezab Persekutuan Amerika Syarikat, Ben Bernanke memutuskan untuk mengekalkan kadar pinjaman jangka pendek sehingga 2014 kekal hampir kadar sifar peratus.
Pada nilai 3.045 berbanding Dolar, Ringgit kembali pada paras yang sama di pertengahan Disember 2011. Ringgit Malaysia tersebut telah naik 4 peratus di dalam masa sebulan. Dolar Singapura naik 0.5 peratus, won Korea Selatan 0.4 peratus dan baht Thai naik 0.2 peratus semalam.
Komen Bernanke mengakibatkan para pelabur yang berurusan jangka pendek menjual Dolar dan mengejar matawang Asia yang memberikan kadar pulangan yang lebih tinggi.
Kadar kemasukan dana asing yang berterusan pada Julai 2011 telah menolak KLCI ke mata tertinggi dalam sejarah tetapi kemudiannya jatuh teruk setelah para pelabur menjual Ringgit pada bulan September tahun yang sama.
Sumber: Izwan Idris, sunbiz@thesundaily.com 27.01.2012
No comments:
Post a Comment