Seperti karakter Wong Fei Hong yang menolak penindasan, ironisnya Master Wong yang terkenal menentang penjajah barat kini datang memberi bantuan.
Negara China telah memutuskan untuk membantu negara barat dalam menangani krisis hutang yang menghantui PIIGS (Portugal, Itali, Ireland, Greece, Spain). Dengan simpanan $3.2 trillion mata wang asing nampaknya China memang berpotensi menjadi sebuah bank global (menggantikan IMF mungkin).
Ketika Amerika Syarikat mengalami krisis sub-prima pada 2008 setelah runtuhnya Bear Sterns, China merupakan antara sumber oksigen bagi menyokong sistem kewangan agar sentiasa stabil.
Sememangnya China perlu membantu rakan dagangan mereka. Bayangkan jika negara-negara pengimport utama barangan Made In China bankrap, siapa lagi hendak memberi barangan keluaran China? Dan China nampaknya terang-terang lebih berselera untuk membantu Itali (Ferrari dan Prada buatan China?).
Bagaimanapun dengan bantuan tersebut China ingin status mereka dinaikkan segera dari negara non-market economy kepada market economy. Satu situasi menang-menang kerana status tersebut hanya dapat dicapai secara automatik pada tahun 2016.
Berita ini dirai secara positif oleh pihak barat dan bursa saham seluruh dunia terus naik kecuali Bursa Malaysia yang nampaknya dalam mood cuti.
Selamat Hari Malaysia 2011
No comments:
Post a Comment