Siang tadi sempat berjumpa seorang rakan/pelabur yang lama tidak berjumpa. Rupanya dia sudah 5 bulan tidak bekerja kerana eksiden dan kakinya mengalami kecederaan teruk sehingga terpaksa dimasukkan besi. Untung juga ada socso dan insurans/takaful (penting tu!).
Sempat berbual topik-topik harian bersama seorang lagi rakan yang gila bola sehingga bab pelaburan emas (gold). Pelaburan emas telah menjadi sleeper hit pada tahun 2010 dan menjadi semakin popular sejak 2011. Ditambah dengan kejatuhan ekonomi eropah sejak krisis hutang Greece maka makin ramai beralih kepada pelaburan gold.
Ahli kewangan (yang pro-emas) mendakwa harga emas akan naik sehingga USD2,000 bagi 1 ounce .999 dan harga emas telah naik sehingga USD1,907.88 pada 5 September 2011.
Ini juga mengakibatkan permintaan bilik kebal untuk simpanan emas meningkat. Sebuah firma Swiss Precious Metal yang mempunyai bilik kebal seluas 7 ekar di Singapore FreePort (bersebelahan Lapangan Terbang Changi) telah hampir kehabisan ruang peti simpanan akibat permintaan mendadak sebanyak lima kali ganda untuk tujuan penyimpanan emas.
Bagaimanapun ada beberapa orang mahaguru pelaburan mempercayai harga emas telah melampaui nilai sebenar ditengah-tengah kegilaan belian ketika ramai yang menjangkakan ekonomi akan jatuh seperti krisis sub-prima 2008
Gorge Soros (ya.. Soros Mahathir tu!) dilaporkan telah menjual beribu-ribu unit pegangannya dalam dana-dana emas (Gold ETP, SPDR Gold, iShare Gold) mulai bulan May 2011. Ketika itu nilai emas adalah sekitar USD 1,570 dan Soros pernah menyatakan emas sebagai "The ultimate asset bubble".
Warren Buffet, 81, (manusia ketiga terkaya di dunia dengan nilai aset USD50 billion) bos Bekshire Hathaway itu menyatakan "membeli emas adalah membuang masa".
Jim Rogers, 68, rakan Soros di dalam Quantum Fund yang sangat masyhur (kini menetap di Singapura) enggan membeli emas lagi dengan memberi perumpamaan "saya tidak mahu melompat ke dalam bas yag sedang bergerak laju". Bagaimanapun Rogers enggan mengatakan nilai emas sudah berada di tahap bebuih.
Lantas saya teringat seorang rakan pejabat yang bakal kawin akhir tahun ini ketika menemaninya ke kedai emas. Moga beliau dapat membeli emas dengan harga yang berpatutan.
* ketika artikel ini ditulis nilai emas berada sekitar USD1,796
No comments:
Post a Comment