Jumlah ini lebih besar dari tabung TARP bagi menyelamatkan ekonomi Amerika Syarikat pada tahun 2008 yang berjumlah 700 billion dolar amerika.
Kesatuan yang mempunyai keanggotaan 17 negara Eropah itu juga telah berjaya memujuk pemegang-pemegang bond Greece untuk menerima 50% potongan (bond haircut). Ini adalah satu pakej yang agak menarik di mana pihak kerajaan Greece dan pemegang-pemegang bond berada di dalam situasi menang-menang. (janji tak bankrap!)
Antara isi kandung pakej bantuan tersebut adalah:
- Pinjaman modal untuk bank-bank eropah. (sekurang-kurangnya 106 billion euro)
- Memberikan peranan yang lebih besar kepada IMF.
- Komitmen Itali untuk mengurangkan kadar hutang negara.
- Bank Pusat Eropah akan terus membeli bond di pasaran kedua.
Persefahaman ini dicapai setelah lebih 20 bulan Kesatuan Eropah bermesyuarat dan dijangka akan memberikan kesan positif kepada pasaran serantau. Langkah utama adalah untuk memastikan krisis hutang Greece tidak menular ke negara Itali dan seterusnya.
Sebelum itu di penghujung mesyuarat, Presiden Perancis,Nicolas Sarkozy telah berbeza pendapat dengan Chancellor Jerman, Angela Merkel di dalam bagaimana menggunakan EFSF sebagai banteng terakhir pertahanan ekonomi Eropah.
Presiden Perancis itu juga tidak berlengah-lengah dengan mengumumkan akan meminta bantuan China di Perjumpaan Negara-negara Maju (G-20) yang akan berlansung di Cannes, November nanti.
Sebuah penutup drama Eropah yang agak melegakan... Buat masa ini.
No comments:
Post a Comment