Sunday, November 11, 2012

Paling Kedana

Bekas pedagang kewangan Jerome Kerviel secara khasnya adalah orang yang berhutang paling banyak di muka bumi ini dengan hutang berjumlah USD6.3 billion (RM19.3 bilion).

Jerome yang berhutang dengan majikannya, sebuah bank terkemuka di Perancis iaitu Societe Generale setelah bertanggungjawab di dalam penipuan pelaburan berskala besar pada tahun 2007 dan 2008. Ini menjadikannya salah seorang manusia terkaya di Amerika jika hutang tersebut ditukar menjadi aset.

Pedagang kewangan menjadi sangat popular sebelum krisis sub-prima di Amerika Syarikat pada tahun 2009 dan ia merupakan bahagian kewangan yang sengaja dilepas pandang oleh bank-bank pusat seluruh dunia barat. Ini kerana mereka yang terlibat dapat mengaut keuntungan beratus juta dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah matematik yang hanya mungkin difahami oleh kurang dari 10 orang di dunia ini.

Secara asasnya ianya bermula dengan meminjam sebanyak yang boleh dan memanfaatkan duit pinjaman tersebut untuk keuntungan yang berlipat ganda di dalam urusniaga yang sangat rumit. Jika keadaan memihak kepada si pedagang maka jumlah keuntungan dinikmati dengan menolak jumlah pinjaman asas. Jika bernasib malang maka si pedagang tadi terpaksa menanggung pinjaman asas ditambah dengan kerugian pelaburan yang tidak dapat dilunaskan.

Atau dengan kata yang lebih mudah ialah perbankan kasino!

No comments:

Post a Comment